AlJihad Sabiluna

Sunday, February 24, 2008

Apa kabar Palestina?

Khamis, 21/02/08 -Damascus, Syria - Pemimpin kanan Hamas dan ahli biro Politik, Sami Kater menegaskan bahwa kumpulan pejuang Palestina bersedia untuk mengadakan gencatan senjata dengan Israel namun Israel sentiasa menolak tawaran tersebut. "Dengan yang demikian kami tidak akan membenarkan mereka meneruskan kekejaman ke atas rakyat Palestina", kata Sami Kater kepada PIC. Kater menambah lagi serangan bom vakum Israel ke atas keluarga Fayed yang mengorbankan puluhan dan mencederai yang lain termasuk wanita dan kanak-kanak. Kater berkata demikian selepas Menteri Luar Perancis menawarkan rundingan gencatan senjata antara Palestin dan Israel. Kater menuduh Presiden Perancis Sarkozy seorang yang berat sebelah kepada Israel dan hanya akan menerima pelawaan usaha damai Perancis sekiranya Perancis berlaku adil dalam menyelesaikan isu Palestina. Beliau menyarankan pihak Perancis dan EU harus menekan Israel agar segera menghentikan kepungan ekonomi, hentikan segala kezaliman ke atas rakyat Palestina. Dalam perkembangan lintasan sempadan Rafah, beliau berkata kawalan sempadan tersebut hanya milik Palestina-Mesir dan dagangan melalui sempadan tersebut tidak boleh dihalangi. Beliau menuduh PA menyelewang di mana telah mengadaikan kawalan sempadan tersebut kepada Israel dengan pantauan dari EU. Kater menyaran kepada Presiden PA untuk bertemu dengan pimpinan Hamas untuk bergerak bersama menyelesaikan isu lintasan sempadan Rafah dengan Mesir. Sebaliknya keengganan beliau untuk berjumpa dengan pimpinan Hamas menunjukkan PA menyokong penutupan terminal Rafah.

Note: sumber : http://www.palestine-info.com

No comments: